Saturday 24 September 2011

sederhana bahagia

Gembira,
tidak boleh diukur oleh jiwa lain,
hanya diri sendiri tahu,
dimana tahap kegembiraan yang dikecapi

Gembira,
aku boleh hadirkan kegembiraan dengan mudah,
hanya dengan pejamkan mata ku,
dan aku hadirkan kau dalam kotak minda ku,
yesss, aku Berjaya !
muslihat kecil ku itu masih bisa buat aku tersenyum,
tersenyum mengenangkan kenangan bakal datang
Tiba2 menitis keluar sesuatu di kelopak mata ku..
Air mata…
Ya, gembira itu..
Berterbangan,aku cuba tangkapnya satu :)

Kadangkala kita selalu terlepas peluang.
kegembiraan diriku  hadir dengan mudah namun
kenapa aku sukar merawat kesedihan
mengapa “kesedihan” tak mampu pergi sama mudah dengan “kegembiraan” yang hadir?
Tidak kah ini kejam.
Tak adiL sangat ,,,,

# actually,,, aku sedih sbb xdapat g konvo tahun ni sbb masalah kewangan.
dalam hati aku tersangat mahu g….tersangatttt =)
aku hanya dari golongan yang sederhana bahagia je
Yg penting sebuah diploma di gengaman cuma xda kenangan berjubah mcm awot2


apabila kita berkata2,kita sebenarnya telah mengatakan sesuatu yang hanya kita sendiri yg tahu
tetapi apabila kita mendengar, kita sebenarnya sedang belajar sesuatu daripada apa yang orang lain tahu yang mungkin kita belum tahu.



namun, apa yang kita rasa tak akan mungkin sama dengan orang yang memahami

dan orang yang memahami tak akan mungkin faham apa yang seseorang itu mahu orang lain itu faham .




No comments:

Post a Comment